Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Tenang ucapkan selamat tahun baru dengan azam baru kepada semua rakan-rakan. Kuatkan semangat untuk menempuh cabaran baru dan segala liku-liku yang menanti dihadapan kita. Moga-moga kalian semua dimurahkan rezeki dan hidup bahagia di samping keluarga tercinta.

Friday, December 12, 2008

Bola kalah lagi

Rimas tengok pasukan bolasepak Malaysia ni, kalah memanjang. Tenang bukan apa cakap macam tu, bolasepak tu maruah negara. Dulu kita hebat, semua pemain amator saja. La ni semua pemain ada gaji, bonus dan macam-macam lagi, tapi prestasi alamak ai, macam mana nak tenang.

Wednesday, November 26, 2008

Pandai-pandai le pujuk....

Bersenam sihatkan badan dan minda

Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan tanpa menimbulkan apa-apa masalah. Paling ringkas senaman ringan sebelum memulakann tugas di waktu pagi dan selepas waktu pejabat. Masalahnya segan nak bersenam. Sebab tu perut buncit dan banyak kolestrol. Pasang aje lagu Chicken Dance dan Poco-poco, 15 minit dah berpeluh. Kan senang, benda macam ni tak payah nak keluarkan fatwa, dapat jimatkan masa. Jadilah orang yang berfikiran positif dan elakkan buat masalah sampai satu negara jadi kecoh.

Tuesday, November 25, 2008

Seronok juga

Dah hampir nak tamat kursus hari ni, banyak betul yang cikgu ajar, bukan senang nak faham, tapi kena sabar la baru dapat ilmu. Seronok tengok kawan-kawan yang tekun belajar sebab nak jadi blogger yang hebat.

Harga minyak turun

Harga minyak naik, ramai yang demonstrasi, demonstrasi sana demonstrasi sini, bantah, marah, fitnah berleluasa dan bermacam-macam lagi. Bila harga minyak turun kenapa tak buat demonstrasi ucap terima kasih kepada kerajaan? Tak bersyukur le manusia jenis ni.

minum pagi

perut dah lapar, kursus masih lagi berjalan. tiba-tiba cikgu kata siapa yang lapar boleh keluar dulu, maka semua sekali pun bangun dan pergi minum. itu lah rakan-rakan saya sama berkursus.

kursus blog

Pagi-pagi lagi udah daftar nama. lepas tu masing-masing ambil tempat. maka dibukanyalah komputer. masing-masing macam pandai bebeno. pulak tu ada cikgu yang macam pandai tapi sijil pun tak dapat lagi. Kemudian cikgu sebeno pun masuk, baru la pecah tembelang, rupa-rupanya semua tak tahu, baru nak belajo.