Monday, March 30, 2009

FIKIR-FIKIRKAN LAH

Tanah Melayu bumi keramat. Sumpahnya sumpah bardaulat. Tinggalnya tinggal beramanat. Pusaka tinggalan pejuang keramat. Melanggar sumpah Melayu akan dilaknat. Hari ini sejarah terpahat. Kaduk yang naik junjung, sikudung yang dapat cincin. Lupa asalnya, demi kuasa tersungkur di telan bumi di mamah sumpah keramat dan berdaulat. Jangan biar si Kitol pengkhianat bangsa bangkit kembali. Nyahkan dari pertiwi yang kita cintai. HIDUP MELAYU!

Sunday, March 29, 2009

BERUBAH ATAU REBAH

Kita kena fikir sama-sama, nak berubah atau kita akhirnya rebah akibat perbuatan kita sendiri. Kalu nak berubah jangan tunggu lagi, ayuh mulakan dari sekarang. Tapi apa yang nak diubah? sendiri tau, sendiri ubah. Senang saja, kalau dulu buat kerja sambil lewa sekarang buat kerja betul-betul. Cakap pemimpin kena ikut baru hidup selamat.

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Tenang ucapkan selamat tahun baru dengan azam baru kepada semua rakan-rakan. Kuatkan semangat untuk menempuh cabaran baru dan segala liku-liku yang menanti dihadapan kita. Moga-moga kalian semua dimurahkan rezeki dan hidup bahagia di samping keluarga tercinta.

Friday, December 12, 2008

Bola kalah lagi

Rimas tengok pasukan bolasepak Malaysia ni, kalah memanjang. Tenang bukan apa cakap macam tu, bolasepak tu maruah negara. Dulu kita hebat, semua pemain amator saja. La ni semua pemain ada gaji, bonus dan macam-macam lagi, tapi prestasi alamak ai, macam mana nak tenang.

Wednesday, November 26, 2008

Pandai-pandai le pujuk....

Bersenam sihatkan badan dan minda

Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan tanpa menimbulkan apa-apa masalah. Paling ringkas senaman ringan sebelum memulakann tugas di waktu pagi dan selepas waktu pejabat. Masalahnya segan nak bersenam. Sebab tu perut buncit dan banyak kolestrol. Pasang aje lagu Chicken Dance dan Poco-poco, 15 minit dah berpeluh. Kan senang, benda macam ni tak payah nak keluarkan fatwa, dapat jimatkan masa. Jadilah orang yang berfikiran positif dan elakkan buat masalah sampai satu negara jadi kecoh.

Tuesday, November 25, 2008

Seronok juga

Dah hampir nak tamat kursus hari ni, banyak betul yang cikgu ajar, bukan senang nak faham, tapi kena sabar la baru dapat ilmu. Seronok tengok kawan-kawan yang tekun belajar sebab nak jadi blogger yang hebat.